logotype

MetaTrader4 di OS Mac

Pasang terminal MetaTrader4 di OS Mac

Untuk melakukan perdagangan di terminal MetaTrader4 pada Mac, anda perlu memasang perisian tambahan terlebih dahulu, yang membolehkan program Microsoft Windows berfungsi di iOS. Kami mencadangkan PlayOnMac, tetapi anda boleh mencari program lain untuk berbuat demikian.

Gunakan arahan langkah-demi-langkah untuk memasang dan melancarkan terminal MT4 di Mac anda:

1. Muat turun fail pemasangan PlayOnMac menggunakan pautan berikut

       

 

2. Cari dan lancarkan fail pemasangan di senarai muat turun pelayar atau dalam fail Muat turun di komputer anda.

3. Pada tetingkap yang dibuka bawa fail PlayOnMac ke shortcut fail Aplikasi untuk memulakan proses pemasangan.

4. Ambil perhatian bahawa untuk menggunakan program PlayOnMac memerlukan aplikasi open-source XQuartz, di mana Apple Inc. turut menyumbang. Jika aplikasi tersebut belum dipasang pada Mac anda, ia akan bermula secara automatik sebaik sahaja anda melancarkan program PlayOnMac atau cuba memasang terminal MetaTrader4 melalui PlayOnMac. Untuk memuat turun aplikasi XQuartz, cuma lancarkan program PlayOnMac dan klik butang “Next” pada setiap tetingkap yang dibuka, sehingga proses muat turun bermula.

  • Jika sistem anda tidak membenarkan anda membuka fail PlayOnMac mungkin kerana aplikasi dari pemaju lain telah lumpuhkan oleh Mac anda, ikuti langkah mudah berikut:
    • Pergi ke “System Preferences” di komputer anda
    • Pilih pilihan “Security & Privacy”
    • Apabila anda telah membuka kunci keupayaan menggunakan perubahan dalam bahagian tersebut, tandakan “Anywhere” kotak semak pada bahagian “Allow apps downloaded from:”

5. Apabila aplikasi XQuartz telah dimuat turun, teruskan proses pemasangan. Semasa proses anda boleh mencari lebih maklumat mengenai aplikasi tersebut. Untuk menyelesaikan pemasangan, anda mestilah menerima terma perjanjian lesen XQuartz.

6. Apabila pemasangan aplikasi XQuartz telah selesai, anda perlu memulakan semula program PlayOnMac.

7. Sebaik sahaja anda menyelesaikan semua operasi dengan program PlayOnMac, muat turun terminal MetaTrader4 untuk Windows dari laman web kami dan buka fail tersebut. Program tersebut akan dibuka secara automatik melalui program PlayOnMac.

  • Perhatian bahawa terminal MetaTrader4 disokong secara rasmi oleh PlayOnMac, tetapi aplikasi tersebut tidak mengenali individu program yang dikonfigurasikan untuk broker tertentu.

8. Apabila fail pemasangan dibuka, klik butang “Next”. Dalam tetingkap kedua masukkan sebarang nama program yang wajar, yang akan digunakan untuk ikon program. Kami mencadangkan “FXCL MT4”. Tekan butang “Next” sekali lagi.

 

9. Langkah seterusnya menyamai arahan pemasangan untuk Windows MetaTrader4. Terima terma perjanjian Lesen Pengguna-Akhir, yang membawa anda ke laman web MQL5. Anda boleh kembali ke proses pemasangan dan apabila program telah dipasang, terminal MT4 anda telah sedia untuk digunakan.

  • Sebaik sahaja anda melancarkan terminal MetaTrader4, ikuti arahan di bawah untuk memulakan perdagangan:
    • Pada tetingkap pertama yang terbuka pilih server berkenaan: “FXCL-Demo” untuk perdagangan demo atau “FXCL-Main2” untuk perdagangan live.
    • Jika anda telah mempunyai akaun di FXCL, tandakan “Existing trade account” di kotak semak pada tetingkap seterusnya, isikan maklumat log masuk anda, tekan butang “Next”, dan mulakan perdagangan.

 

10. Untuk akses pantas ke terminal MetaTrader4 anda, buat shortcut di dalam komputer anda:

  • Lancarkan program PlayOnMac
  • Klik butang “Configure” (dengan ikon cogwheel)
  • Pilih “FXCL MT4” dalam tetingkap baru (atau sebarang nama lain yang anda pilih untuk terminal)
  • Klik “Make a new shortcut from this virtual drive”

 

  • Pada tetingkap seterusnya pilih “terminal.exe” dan klik butang “Next”

  • Sebaik sahaja anda kembali ke tetingkap utama PlayOnMac, pilih shortcut dalaman baru dan pilih pilihan “Create a shortcut” untuk menambah shortcut baru dalam komputer anda.

  • Kini anda boleh melancarkan terminal MetaTrader4 secara terus dari komputer Mac anda.