facebook banner
logotype
May 03, 2018

Perhatian! Kemas kini Windows 10 April 2018

Kepada peniaga,

Pada 30 April, Microsoft secara rasmi telah melancarkan kemas kini penting sistem operasi iaitu Kemas kini Windows 10 April 2018. Kemas kini ini melibatkan kunci konfigurasi dan penyulitan seperti pemasangan sistem operasi Windows yang baru.

Bagi melindungi maklumat pengguna, platform MetaTrader telah menggabungkan semua data ke dalam sistem operasi dan perkakasan komputer, dimana ia dipasang. Kaedah perlindungan ini memastikan bahawa walaupun fail platform dicuri, penggodam tidak akan dapat berhubung dengan server menggunakan data akaun yang telah disimpan sebelumnya.

Malangnya, selepas pemasangan Kemas kini Windows 10 April 2018, semua kata laluan yang disimpan dalam komputer anda menjadi tidak sah. Kami amat mengesyorkan anda bersiap sedia dengan Windows baru ini dan menyimpan kata laluan di tempat yang selamat, bagi membolehkan anda mengakses semula platform setelah kemas kini tersebut.

Disebabkan oleh perubahan kunci penyulitan, aplikasi yang dibeli dari Pasaran akan kehilangan pengaktifan, kerana semua produk terikat dengan sistem operasi.

Kami telah menyediakan pengaktifan tambahan untuk semua produk yang dibeli dari Pasaran tanpa mengira sistem operasi, seperti pengaktifan yang telah kami sediakan pada Kemas kini Windows 10 Fall Creators yang lalu. Oleh itu, pengguna Pasaran MetaTrader tidak akan kehilangan produk pengaktifan selepas pemasangan Kemas kini Windows 10 April 2018.

Pengaktifan pada produk demo akan turut hilang, jadi peniaga harus memuat turun semula aplikasi tersebut dari Pasaran.


Yang Ikhlas, 
FXCL Markets